Kerjaya Naufal Azrin

Naufal mula berkecimpung dalam bidang muzik sejak berusia 9 tahun dengan memilih genre nasyid sebagai muzik dendangan.

Pada tahun 2019, beliau menyertai kumpulan nasyid Zayne yang ditubuhkan sebagai anak didik kumpulan Inteam. Selain Naufal, Zayne turut dianggotai oleh Furqan Fawwaz, Mateen Yaaqub dan Abdul Basit. Kumpulan ini meraih kejayaan komersial menerusi single bertajuk "Ya Badratim", "Rindu" dan "Kaulah Cinta", di samping merakamkan lagu-lagu saduran bersama dengan rakan penyanyi tempatan.

Akan tetapi pada 2022, Naufal mengambil keputusan untuk meninggalkan Zayne dan meneruskan kerjaya muzik secara solo.[4] Sebagai penyanyi solo, Naufal paling dikenali menerusi gandingannya bersama Nuha Bahrin menerusi lagu "Casablanca".[2]